Memperlihatkan ketidaksabaran orang-orang Muslim membuat Rasulullah tersenyum. Sekiranya mereka tahu apa yang ada disebalik dugaan, tentu mereka mengharapkan dugaan atas diri mereka.
"Aku pernah duduk-duduk bersama Rasulullah SAW lalu baginda tersenyum. Kami bertanya, "Wahai Rasulullah, kenapa engkau tersenyum?" Baginda menjawab, "Kerana hairan terhadap keluh kesah seorang Mukmin kerana sakit yang dideritainya. Jika dia mengetahui apa yang ada di dalam sakit, maka dia kan lebih suka sakit hingga dia bertemu dengan Allah." (Hadis Riwayat Ibnu Abu Dunya)
Mudah-mudahan apa yang diperkatakan baginda tadi menjadikan kita redha apabila ditimpa sebarang musibah malah kita mensyukurinya.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (al-Baqarah : 286)
Ayat al-Quran diatas membuktikan bahawa Allah sudah mengira ujian yang bagaimana layak untuk kita pikul. Sememangnya segala ujian yang diberiNya pada kita sangat sesuai dengan diri kita, cuma bergantung pada kita bagaimana cara kita menerima dan menyelesaikan ujian tersebut. Oleh itu untuk apa kita berduka sedang kita memang mampu menanggung ujianNya bukan? Jika kita benar-benar mengimani ayat tersebut, pastilah kita tidak akan berduka. ^^,
No comments:
Post a Comment