Diketika mana seorang hamba itu memendam rasa cinta pada seseorang dengan penuh kesabaran dan ditakdirkan dia mati pada waktu ketika itu, sesungguhnya dia telah syahid. Yang pasti, aku bukanlah dari golongan tersebut. Aku tewas berkali-kali. Cuba untuk bersabar, memendam... namun, perlahan-lahan aku mendekatinya, meluahkannya... Mencuba untuk mempertahankan luahan hati, apakan daya, aku tidak cukup kuat... Akhirnya kata-kata sayang & cinta terlafaz dengan berat hati... bukan kerana terpaksa atau tidak ikhlas tetapi kerana aku telah tewas dengan janji aku pada diri sendiri... untuk tidak meluahkan perasaan cinta & sayang selagi aku belum siap untuk menikah... Cuba mencontohi Saidina Ali... Yang membuktikan cinta bukan dengan janji-janji... tetapi dengan mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintanya dan mengutamakan saudaranya atas dirinya... Kerna dia menyedari siapalah dia disisi Nabi jika dibandingkan dengan saudaranya iaitu as-Siddiq & al-Faruq... Dengan iman dan kesabarannya, Tuhan akhirnya menjodohkannya dengan Fathimah...
Jauh sekali dengan aku. Konon mencontohi Ali, tapi terbukti yang aku betul lemah, layu... langsung tidak sabar... Siapalah aku... seorang hamba yang hina dan lemah... memang berusaha untuk mencontohinya tapi kerap aku gagal... Aku lebih mengutamakan diri sendiri... Cuba untuk menafikan cinta namun hati kuat memberontak... apakah itu syaitan? Atau memang ia adalah diri aku sendiri? Lalu aku terus mendekati... Aku telah memasang tapak.. Hanya memerlukan tiang... untuk membina sebuah pondok kecil...
Silapku... kerana tidak mengikat unta... aku berjaya memilikinya tetapi tidak punya tali untuk menambat... atas alasan tidak mahu berjanji kerana tidak ingin melukainya jika janji tidak ditepati... "berusaha untuk menjaga hubungan tapi tidak berjanji..." apakah itu? Inilah lafaz dan pemikiran aku yang sangat bodoh... dan akhirnya masa dan keadaan telah menjarakkan aku dengannya... dan diketika itu, unta milikku telah ditambat oleh orang lain... Ya Allah... berat Ya Allah... memang silapnya dari aku sendiri kerana aku tidak "mengikat". Akhirnya unta telah lari... dan kini bersama tuan baru yang memiliki tali... "mengikat" dengan tali yang besar....
Aku? tercari-cari, terasa kehilangan yang tersangat besar... kerana unta itulah yang menemani aku sepanjang perjalanan digurun... sekarang... aku hanya merentasi gurun tanpa teman... menangis? kelenjar air mata aku sudah tidak dapat berfungsi lagi... hanya kelenjar bibir yang berfungsi untuk mengukir senyuman... senyuman sinis untuk mentertawakan diri sendiri...
Tewas? ya... aku tewas... bukan satu tetapi dua... aku tewas untuk mencontohi Ali kerana itulah janji aku pada diri sendiri... kedua, tewas untuk memiliki dia yang sangat aku cintai... tidak, ada sesuatu lagi aku tewas, sabar... aku kehilangan sabar dan biarkan nafsu amarah aku menguasai tindakan aku...
Sekarang... aku tahu, hanya berbaki setahun untuk aku merentasi gurun dengan seorang diri... setahun itu... tidak lama dan tidak sekejap... tapi tetap memeritkan... aku hanya perlu bersabar... itu sahaja yang perlu aku buat... bersabar untuk bersabar... sebab aku yakin, selepas setahun itu, aku berjaya melupakannya... mungkin... sebab aku tidak lagi berada di gurun... tapi... masih lagi aku tinggalkan secebis harapan untuk mendapatkannya semula disudut hati aku... yang itu... Terserahlah pada Tuhan...
Nur Salam
"Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik." (Ali-Imran : 14)
Wednesday, 5 October 2011
Thursday, 25 August 2011
Apa kamu menyangka kamu beriman jika tidak diuji?
Apa kamu menyangka kamu beriman jika tidak diuji? Ayat ini menyentakkan akal langsung hati lemahku. Aku menganggap aku sudah cukup kuat untuk menghadapi segala ujianNya. Namun siapa kita nak menduga ujianNya pada kita? Akal kita terbatas untuk itu. Aku sering menganggap dengan amal yang aku kerjakan sudah cukup kuat untuk menjadikan hati aku benar-benar istiqomah. Adakah aku takbur? Sombong? Ujub? Ya... Aku merasakan iman dan sabar aku sudah mula meninnggi. Namun, aku alpa dengan keimananku. Aku sombong dengan keimananku. Aku menyangka hatiku benar-benar kuat dan ikhlas keranaNya. Heh! Tuhan begitu Maha Mudah Menguji tahap keimanan dan keikhlasan ibadahku... Tuhan memperkenan bisikan hatiku untuk mengenali dan menyintai wanita pilihan hatiku. Segala janjiku, ibadahku,imanku, sabarku larut dari hatiku. Cinta aku pada wanita melebihi cinta aku padaNya dan nabiNya. Aku sedar akan hal itu dan aku takut. Aku serba salah. Akhirnya aku melebihkan wanita tersebut daripada Tuhanku sendiri. Aku lebih takutkan kehilangan wanita itu hingga aku benar-benar kalah. Aku hanyut. Sehingga sampai disatu tahap perasaan aku benar-benar ingin menikahi wanita itu kelak, Tuhan temukan lelaki yang berkali ganda baik dariku untuk wanita itu. Perasaanku ketika itu tidak perlu aku jelaskan. Seperti jantung ingin pecah. Haha! Disaat itu mulalah aku menyalahkan diriku serta wanita itu. Lihat, begitu mudah Tuhan menguji kita. Aku diuji dengan kehadiran wanita dan aku tewas, kemudian aku diuji lagi dengan pemergian wanita tersebut. Aku seperti tidak dapat menerima. Aku redha tapi masih lagi tak tenteram dihati. Rupanya redha aku hanya pada lidah, tidak pada hati. Terima kasih pada teman yang mengingatkan aku. Lidah dan hati harus seiring. Seperti kita mengucap syahadah, harus melalui lidah dan hati meyakinkan. Aku cuba meyakinkan hatiku untuk redha dengan ujianNya. Aku banyak belajar dari sini. Aku menganggap iman dan sabarku masih lemah untuk membimbing diri kejalanNya apatah lagi membimbing wanita dalam keadaan masih belum halal untuk menyentuh. Dari sini terbukti aku tidak boleh bercinta dengan wanita sebelum aku siap untuk menikah. Aku perlu menjaga kehormatan diriku dan diri wanita. Dari sini juga Tuhan telah menutup jalan yang kabur untuk masa depanku, tetapi dengan hikmahnya, aku mendapat jalan yang begitu jelas untuk mengejar kejayaan hidup dan impianku. Adalah yang terpenting, aku menganggap Tuhan ingin memelihara iman dan kehormatanku. Aku menganggap Tuhan cintakan aku dan aku harus menyintaiNya juga. Syukur padaMu kerana kembalikan aku pada landasan yang benar walaupun aku sudah tersungkur dalam perjalanan mencari keredhaanMu. Terima kasih Tuhan.
Saturday, 13 August 2011
Cinta Kerana Agama
Cinta kerana agama? Sampai sekarang aku masih kurang jelas. Cinta adalah fitrah manusia yang dianugerahkan Tuhan. Cinta padaNya, pada RasulNya, agamaNya adalah yang terindah dan yang termanis. Ia adalah cinta yang abadi dan Tuhan sentiasa mencintai setiap hamba yang mencintaiNya. Itu pasti jelas. Namun, cinta kepada insan kerana agama, ia merungsingkan aku. Apa aku sudah jumpa cinta sebegini? Cinta pada seseorang kerana agamanya? Apa benar begini maksudnya cinta kerana agama? Atau sebenarnya ia membawa maksud yang lain? Cinta yang pernah aku temui adalah kerana kemanisan rupa insan tersebut. Hatiku sejuk apabila menatap wajahnya walau sekejap, walau jauh. Cukup sekadar dapat melihat dia tersenyum, pasti bahagia hatiku seluruhnya. Tapi, apakah aku ikhlas mencintainya? Adakah cinta aku atas dasar kecantikan rupanya? Sudah pasti ya. Jadi, bagaimana harus aku mencintainya kerana agamanya? Apakah kerana kita mencintainya kerana ilmu agamanya dan kerana dia mengutamakan agamanya? Atau mencintai dirinya mendekatkan kita pada Tuhan? Tapi ikhlaskah aku? Bukankah aku lebih tertarik pada rupanya? Adakah cinta kerana agama itu memang sifatnya datang kemudian? Begitu?
Ya Allah... sungguh hambaMu ini lemah sifatnya. Ketika aku menyukai seorang teman, tolong ingatkanlah aku bahawa di dunia ini tak akan pernah ada sesuatu yg abadi.
Sehingga ketika seseorang meninggalkanku, aku akan tetap kuat & tegar kerana aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir, iaitu cinta-Mu Ya Allah.
Memang aku memohon agar apabila aku sudah mempunyai pasangan hidup, iman dan ibadahku menjadi lebih hebat dari sekarang. Mudah-mudahan. Siapapun jodohku, aku terima dan redha, kerana aku fikir dialah yang terbaik untuk aku dan Kau tidak akan menganiaya hambaNya. Aaah... Masih terlalu awal untuk memikirkannya, namun kuat benar rasanya persoalan cinta bermain dalam akalku sehingga hatiku tidak teratur kembang-kempis.

Tuesday, 5 July 2011
Merelakan
Apabila kita sangat sayangkan pada seseorang, amatlah berat jika ia terus tersimpan tanpa diluahkan. Itu pasti menyakitkan. Namun itulah tanda kita kasih dan cinta. Kita merelakan si dia bahagia walaupun disamping orang lain. Itu pengorbanan yang hebat. Kita mengutamakan kebahagiaannya tapi bukan kebahagiaan kita. Memang kita cuba untuk melupakan namun terlintas. Jantung dan dada seperti ingin pecah bila mula terfikir apa yang kita tanggung. Jika begitu, aku minta padaMu ya Allah. Berikan aku kekuatan mental dan rohani untuk menanggung ujianMu ini. Amin...
Sunday, 19 June 2011
Berani Gagal
Kita sering saja takut untuk menyasarkan sesuatu dengan tinggi. Maksudnya? Kita tidak berani untuk mengharapkan sesuatu terlalu tinggi kerana takut akan kecewa apabila gagal. "Jangan terbang terlalu tinggi, jika jatuh pasti sakit." Prinsip ini memberi pengajaran atau amaran kepada kita agar tidak membuat sasaran yang terlalu tinggi dalam apa jua usaha yang kita lakukan. Agar kita tidak terlalu kecewa dan sedih apabila gagal, kita pasti akan berpegang pada prinsip ini. Namun, bukahkan prinsip ini membatasi usaha kita? Sedang kita boleh hasilkan sesuatu lebih dari itu. Prinsip ini secara halusnya mengajar kita menjadi pasif dan lemah malah menambahkan perasaan takut kepada kegagalan. Apa kita sedar akan hal ini? Memang benar sasaran kita akan mudah tercapai kerana sasaran kita tidak tinggi dan tentulah usaha kita juga sekadar memadai. Namun, apakah kita akan benar-benar berpuas hati dengan kejayaan kita itu, sedang sebenarnya kita mampu lakukan lebih baik. Hanya kerana takut kepada gagal, kita rela melemahkan diri kita. Kita sebenarnya kalah pada diri sendiri apatah lagi pada orang lain.
Gagal itu mungkin. Siapa kita untuk menidakkan kegagalan yang Tuhan berikan pada kita? Bukankah Tuhan lebih mengetahui apa yang dirancangkan untuk kita? Sesungguhnya apa yang diberi olehNya adalah baik.
"Bukankah Allah adalah hakim yang sebaik-baiknya (paling adil)" (at-Tiin : 8)
Gagal adalah pengalaman, bukankah pengalaman adalah sebaik-baik guru? Gagallah yang mengajar kita untuk menjadi lebih sempurna, mengajar kita untuk perbaiki mana yang silap, menyedarkan kita bahawa kita masih lemah dan perlukan usaha yang lebih. Jadi, jika kita takutkan gagal, pasti kita tidak akan maju kerana kita lalai dengan kejayaan kecil kita. Kita bersorak kegembiraan sedangkan kita jauh ketinggalan.
Jadi, kita perlu berani gagal? Gagal itu hanyalah sekadar risiko. Sama ada kita merelakan diri kita dengan kesanggupan untuk bersedia menerima kegagalan atau tidak. Dalam apa jua kerja yang kita usahakan sekalipun, sebenarnya persiapan mental adalah yang terpenting. Boleh jadi 90% sebenarnya adalah persiapan mental kita dan 10% lagi adalah persiapan fizikal. Jika kuat mental kita, kuatlah usaha kita, kita pasti tidak akan berhenti berusaha walaupun telah gagal. Hal ini kerana mental kita sudah bersedia menerima segala kemungkinan yang akan terjadi pada hasil usaha kita.
Inilah yang dikatakan sabar. Sabar merupakan sesuatu yang menidakkan perasaan hati. Selalunya kita sering gagal adalah kerana terlalu turutkan perasaan, kita tidak rasa gembira semasa berusaha lalu kita berhenti. Kita sering pilih jalan mudah, jalan yang menyenangkan hati pada hakikatnya ia tidak memberi kesan. Semata-mata untuk menghindari masalah dan kegagalan. Jika kita bersabar, pasti kita tidak akan berhenti dan sanggup menanggung risiko untuk gagal. Bagi orang yang sabar, gagal bukanlah gagal semata-mata, masih ada sesuatu yang bermanfaat dalam gagal tersebut bagi mereka. Ia sebenarnya bergantung pada kita bagaimana kita jadikan sesuatu kegagalan itu sebagai sesuatu yang bermanfaat. Jika tidak, masakan ada pepatah yang mengatakan sebaik-baik guru adalah pengalaman? ^^,

Thursday, 16 June 2011
Saya Lulus
Pagi tadi setelah bangun dari tidur, saya terus buka e-mail untuk melihat keputusan bagi semester 4. Agak gemuruh, ada bercampur perasaan takut sedikit sebab ada dua subjek yang saya hanya sasarkan sekadar lulus semata-mata. Haha! Teruk bukan? Semester lepas saya benar-benar tidak serius pada dua subjek ini. Awal-awal lagi sudah mengaku kalah sebelum bertempur. Itulah silapnya. Saya jadikan ia sebagai pedoman untuk baki dua semester lagi. Setelah Inbox e-mail dibuka, tahap adrenalin saya semakin hebat. Gemuruh dan takut. Takut juga jika dua subjek tersebut gagal.
Setelah keputusan tertera, saya terus lihat ruangan paling hujung. Apa yang tertulis adalah LU, LU, LU, LU, LU, LU, LU, LU, LU. Fuuuhh~... Alangkah leganya perasaan saya ketika itu. Semua subjek lulus. Haha! Alhamdulillah. Tiada yang gagal. Memang itu doa saya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Selepas lihat ruangan tersebut, saya terus lihat ruangan Gred. B, B, A, C, A, B+, A, A+, dan C. Itulah yang tertulis diruangan Gred. Maksudnya, kedua-dua subjek yang saya sasarkan hanya lulus benar-benar tercapai dan tepat, "hanya lulus". Haha! Hampir-hampir saja untuk gagal. Syukurlah.
Namun, saya kena pikul tanggungjawab yang agak berat untuk baki dua semester akan datang. Kenapa? Ia adalah kerana saya perlu dapatkan gpa 3.70 secara kasar untuk kedua-dua semester akan datang demi mengejar cgpa 3.50 apabila tamat kelak. Harapan nak dapatkan Anugerah Dekan memang tinggal harapanlah. Haha. Memang tidak akan dapat sebab dah dua sem tidak dapat 3.5 keatas. Jadi, yang hanya boleh kejar sekadar kelas pertama, tiga bintang. Haha! Senang untuk lanjutkan pelajaran ke master luar Malaysia. InsyaAllah, jika ada rezeki.
Jadi, masa untuk tidak serius tidak ada lagi. Kena pulun sehabis mungkin untuk baki dua semester akan datang. Tidak mustahil. Sebab saya pernah berusaha sehabis mungkin pada semester terakhir diploma dan dapat gpa 4.00. Hal itu adalah kerana saya berkeinginan untuk kejar cgpa saya yang tidak tinggi sebab takut tidak layak untuk sambung ke degree. Jika ketika dulu saya mampu dapatkan gpa 4.00, tidak mustahil saya boleh mengulanginya semula. Memang tidak sama, diploma lain dan degree lain, bermakna cara pun kenalah berbeza cuma apa yang sama adalah usaha sehingga tahap penghabisan. Saya ingat lagi pada semester akhir diploma dulu, diri sendiri memang tidak termanja, makan entah ke mana, tidur entah ke mana, mandi entah ke mana. Sehingga roomate pun pernah cakap yang saya ini macam biskut, sekejap ada, sekejap ghaib. Haha! Penat, memang amat penat, tapi hasilnya, ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya masa itu bila mendapat 4.00.
Sekarang, saya hendak berusaha sehabis mungkin, macam dulu atau mungkin lebih teruk dari dulu. Haha! Saya akan berusaha, hasilnya saya serahkan saja padaNya. Tinggi atau rendah, sikit atau banyak, saya berserah pada Tuhan dan saya redha apa yang diberiNya. Apa yang penting, saya sudah berusaha dan berdoa. Itu sudah memadai bagi saya, dan itulah sebenarnya apa yang wajar kita lakukan, bukan tugas kita tentukan hasilnya. Jika apa yang saya harapkan tidak tercapai, saya percaya mungkin ada rezeki saya pada tempat lain dan mungkin juga ada silap di mana-mana. Dari situ barulah kita tahu kelemahan kita agar dapat diperbaiki untuk menjadi lebih sempurna. Tidak begitu? ^^,

Sebenar-benar Superman
Pada pandangan anda, siapakah orang yang layak digelar superman? Adakah sesorang itu mempunyai kekuatan luar biasa, boleh terbang dan boleh mengeluarkan laser dari matanya? Adakah seperti Clark Kent yang menjadi hero idaman dunia dalam siri Smallville? Adakah seeorang yang boleh menghapuskan orang-orang jahat dengan kekuatan fizikalnya?
Kekuatan sering dikaitkan dengan kekuatan fizikal dan kemampuan untuk bertarung. Sebenarnya orang yang berbadan besar dan kuat ototnya belum tentu benar-benar kuat dan berani. Anda tahu akan hal itu. Sementara orang yang cepat meradang dan senang untuk bergaduh merupakan orang yang tidak pandai mengendalikan kemarahannya. Mereka ini tidak kuat menundukkan emosinya. Jadi, pada anda, adakah Superman atau Clark Kent atau super hero yang lain layak digelar Superman?
Dalam riwayat dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Orang yang kuat bukanlah orang yang pandai bertempur, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika marah" (Hadis Riwayat Bukhari)
Orang yang mampu mengendalikan diri ketika marah adalah orang yang sabar. Orang yang paling berjaya menguasai jiwa dan emosinya merupakan orang yang memiliki kekuatan sangat tinggi. Mental mereka kuat dalam menghadapi berbagai keadaan sukar dan mencabar. Allah menyatakan bahawa orang-orang yang sabar adalah orang-orang yang kuat.
"Hai nabi, khabarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti." (al-Anfaal : 65)
Ayat diatas menyifatkan bahawa sabar itu kekuatannya sepuluh kali ganda dari kekuatan mereka sendiri. Nah! Inilah kekuatan yang sebenar. Kekuatan yang selalunya orang pandang enteng dan sering salah faham. Kononya sabar ini sifatnya lemah dan tidak berdaya walhal kesabaran jauh lebih penting dan hebat dalam menjamin kemenangan dari kekuatan lainnya. Jika tidak, mengapa al-Quran sering saja menyaran agar kita bersabar. Ini kerana sabar itu sifatnya sangat hebat tetapi halus dan dapat menembusi benteng-benteng yang kukuh. Masakan batu yang keras boleh berlubang hanya dengan titikan air.
Jika kita dapat menguasai jiwa kita ketika marah atau sedih, kitalah sekuat-kuat manusia. Sedangkan Clark Kent sendiri pernah menangis dan meradang hanya kerana tidak dapat mengawal jiwanya, hanya sekadar memuaskan nafsu amarah dan sedih dalam tempoh yang singkat dan mengakibatkan banyak kerosakan kawasan sekitarnya. Bukankah itu sudah merugikan? Jadi, jika kita dapat mengendalikan emosi kita, kita adalah sebenar-benar Superman. Tidak perlu pun memakai kostum yang memalukan itu. ^^,
Subscribe to:
Comments (Atom)