Wednesday, 5 October 2011

Tewas

Diketika mana seorang hamba itu memendam rasa cinta pada seseorang dengan penuh kesabaran dan ditakdirkan dia mati pada waktu ketika itu, sesungguhnya dia telah syahid. Yang pasti, aku bukanlah dari golongan tersebut. Aku tewas berkali-kali. Cuba untuk bersabar, memendam... namun, perlahan-lahan aku mendekatinya, meluahkannya... Mencuba untuk mempertahankan luahan hati, apakan daya, aku tidak cukup kuat... Akhirnya kata-kata sayang & cinta terlafaz dengan berat hati... bukan kerana terpaksa atau tidak ikhlas tetapi kerana aku telah tewas dengan janji aku pada diri sendiri... untuk tidak meluahkan perasaan cinta & sayang selagi aku belum siap untuk menikah... Cuba mencontohi Saidina Ali... Yang membuktikan cinta bukan dengan janji-janji... tetapi dengan mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintanya dan mengutamakan saudaranya atas dirinya... Kerna dia menyedari siapalah dia disisi Nabi jika dibandingkan dengan saudaranya iaitu as-Siddiq & al-Faruq... Dengan iman dan kesabarannya, Tuhan akhirnya menjodohkannya dengan Fathimah...

Jauh sekali dengan aku. Konon mencontohi Ali, tapi terbukti yang aku betul lemah, layu... langsung tidak sabar... Siapalah aku... seorang hamba yang hina dan lemah... memang berusaha untuk mencontohinya tapi kerap aku gagal... Aku lebih mengutamakan diri sendiri... Cuba untuk menafikan cinta namun hati kuat memberontak... apakah itu syaitan? Atau memang ia adalah diri aku sendiri? Lalu aku terus mendekati... Aku telah memasang tapak.. Hanya memerlukan tiang... untuk membina sebuah pondok kecil...

Silapku... kerana tidak mengikat unta... aku berjaya memilikinya tetapi tidak punya tali untuk menambat... atas alasan tidak mahu berjanji kerana tidak ingin melukainya jika janji tidak ditepati... "berusaha untuk menjaga hubungan tapi tidak berjanji..." apakah itu? Inilah lafaz dan pemikiran aku yang sangat bodoh... dan akhirnya masa dan keadaan telah menjarakkan aku dengannya... dan diketika itu, unta milikku telah ditambat oleh orang lain... Ya Allah... berat Ya Allah... memang silapnya dari aku sendiri kerana aku tidak "mengikat". Akhirnya unta telah lari... dan kini bersama tuan baru yang memiliki tali...  "mengikat" dengan tali yang besar....

Aku? tercari-cari, terasa kehilangan yang tersangat besar... kerana unta itulah yang menemani aku sepanjang perjalanan digurun... sekarang... aku hanya merentasi gurun tanpa teman... menangis? kelenjar air mata aku sudah tidak dapat berfungsi lagi... hanya kelenjar bibir yang berfungsi untuk mengukir senyuman... senyuman sinis untuk mentertawakan diri sendiri...

Tewas? ya... aku tewas... bukan satu tetapi dua... aku tewas untuk mencontohi Ali kerana itulah janji aku pada diri sendiri... kedua, tewas untuk memiliki dia yang sangat aku cintai... tidak, ada sesuatu lagi aku tewas, sabar... aku kehilangan sabar dan biarkan nafsu amarah aku menguasai tindakan aku...

Sekarang... aku tahu, hanya berbaki setahun untuk aku merentasi gurun dengan seorang diri... setahun itu... tidak lama dan tidak sekejap... tapi tetap memeritkan... aku hanya perlu bersabar... itu sahaja yang perlu aku buat... bersabar untuk bersabar... sebab aku yakin, selepas setahun itu, aku berjaya melupakannya... mungkin... sebab aku tidak lagi berada di gurun... tapi... masih lagi aku tinggalkan secebis harapan untuk mendapatkannya semula disudut hati aku... yang itu... Terserahlah pada Tuhan...

1 comment: