Saturday, 13 August 2011

Cinta Kerana Agama

Cinta kerana agama? Sampai sekarang aku masih kurang jelas. Cinta adalah fitrah manusia yang dianugerahkan Tuhan. Cinta padaNya, pada RasulNya, agamaNya adalah yang terindah dan yang termanis. Ia adalah cinta yang abadi dan Tuhan sentiasa mencintai setiap hamba yang mencintaiNya. Itu pasti jelas. Namun, cinta kepada insan kerana agama, ia merungsingkan aku. Apa aku sudah jumpa cinta sebegini? Cinta pada seseorang kerana agamanya? Apa benar begini maksudnya cinta kerana agama? Atau sebenarnya ia membawa maksud yang lain? Cinta yang pernah aku temui adalah kerana kemanisan rupa insan tersebut. Hatiku sejuk apabila menatap wajahnya walau sekejap, walau jauh. Cukup sekadar dapat melihat dia tersenyum, pasti bahagia hatiku seluruhnya. Tapi, apakah aku ikhlas mencintainya? Adakah cinta aku atas dasar kecantikan rupanya? Sudah pasti ya. Jadi, bagaimana harus aku mencintainya kerana agamanya? Apakah kerana kita mencintainya kerana ilmu agamanya dan kerana dia mengutamakan agamanya? Atau mencintai dirinya mendekatkan kita pada Tuhan? Tapi ikhlaskah aku? Bukankah aku lebih tertarik pada rupanya? Adakah cinta kerana agama itu memang sifatnya datang kemudian? Begitu?

Ya Allah... sungguh hambaMu ini lemah sifatnya. Ketika aku menyukai seorang teman, tolong ingatkanlah aku bahawa di dunia ini tak akan pernah ada sesuatu yg abadi.
Sehingga ketika seseorang meninggalkanku, aku akan tetap kuat & tegar kerana aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir, iaitu cinta-Mu Ya Allah.

Memang aku memohon agar apabila aku sudah mempunyai pasangan hidup, iman dan ibadahku menjadi lebih hebat dari sekarang. Mudah-mudahan. Siapapun jodohku, aku terima dan redha, kerana aku fikir dialah yang terbaik untuk aku dan Kau tidak akan menganiaya hambaNya. Aaah... Masih terlalu awal untuk memikirkannya, namun kuat benar rasanya persoalan cinta bermain dalam akalku sehingga hatiku tidak teratur kembang-kempis.

2 comments:

  1. salam hairuddin daud...
    anda cri cinta Allah....anda akan jmpa cinta mnusia....percayalah

    ReplyDelete